Penyakit ini biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, di mana kanak-kanak tersebut masih mempunyai sistem immuniti yang rendah, namum ia tidak menolak kemungkinan, ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia. Tanda dan gejala penyakit:
Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
Ulser di tekak dan mulut
Deman
Sakit kepala
Hilang selera makan
Kurang kencing
Penat dan lemah
Langkah-langkah pencegahan
Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak
Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk
Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas