Click here to get more

Wednesday, November 21, 2012

Ubat



*dipetik daripada buku Kesihatan Dan Tumbesaran(Claire Llewellyn).



*dipetik daripada buku Kesihatan Dan Tumbesaran(Claire Llewellyn).


Murid-murid, ubat-ubat perlu disimpan di tempat yang selamat. Contohnya, simpan ubat di dalam kabinet, tempat yang tinggi, peti pertolongan cemas dan lain-lain.

Cuba menyaksikan video klip ini, kamu akan lebih memahami cara penyimpanan ubat yang betul.





Selepas menonton video itu tadi, cuba kamu menjawab soalan berikut:
 
Soalan:
1. Senaraikan cara penyimpanan ubat yang betul.
2. Senaraikan jenis-jenis ubat mengikut bentuknya.
 

Wednesday, November 14, 2012

Penyakit Berjangkit

Murid-murid, setelah meneliti carta di atas, adakah anda lebih memahami penyakit-penyakit berjangkit ini?
Di sini, cikgu telah menyediakan latihan bagi tajuk ini. Anda boleh menjawab di ruangan komen. Jawapan akan diumumkan nanti.


Latihan




SEMOGA BERJAYA!


Monday, November 12, 2012

KENALI PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT


Penyakit ini biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah  umur 5 tahun, di mana kanak-kanak tersebut masih mempunyai sistem immuniti yang rendah, namum ia tidak menolak kemungkinan, ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia.

Tanda dan gejala penyakit:
  1. Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  2. Ulser di tekak dan mulut
  3. Deman
  4. Sakit kepala
  5. Hilang selera makan
  6. Kurang kencing
  7. Penat dan lemah
Langkah-langkah pencegahan
  1. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak
  2. Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk
  3. Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
  4. Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
  5. Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
  6. Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas

Popular Posts